Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman feed aggregator di Malaysia, seperti FeedMalaya, Kaki Komplen dan sebagainya, dan palin terkini ianya disertai oleh my E-buzz Central, yang membawakan pelbagai berita di Malaysia mengikut kategori untuk memudahkan para pembaca membacanya.
Antaramuka Laman MyE-Buzz Central
Melalui my E-buzz Central, ianya membawakan berita dalam dan luar negara, dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris, dimana para pengguna boleh memperlihatkan berita dan membacanya mengikut kategori, samaada anda ingin membaca berita berkaitan teknologi, politik, ekonomi, sukan, hiburan dan sebagainya.
Bagi yang tidak kenali my E-buzz, ianya merupakan sebuah laman yang membolehkan para pengguna menghantar artikel dan mengundi dengan mudah, berfungsi seperti laman Digg dan Negaraku (kini tidak boleh diakses). Kini, dengan pelancaran halaman Central pada my E-buzz, kita dapat lihat yang mana pembangunnya sudah mula memberikan perhatian kembali, dan mungkin beberapa fungsi baru akan diperkenalkan pada laman my E-buzz tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.