Cari @ Amanz

Sama seperti versi-versi sistem operasi Windows sebelum ini, Microsoft dijangka akan memperkenalkan antaramuka yang serba baru untuk Windows 8 kelak, dimana buat masa ini, nama kod untuk antaramuka baru Windows 8 dikenali sebagai “Wind”.

Berbeza dengan apa yang diperkatakan sebelum ini, Windows 8 kelak akan dikeluarkan dalam dua versi, iaitu versi 32-bit dan juga 64-bit, dengan masing-masing membawakan antaramuka berbeza. Antaramuka “Wind” ini dijangka akan diperkenalkan pada Windows 8 64-bit yang mana memerlukan spesifikasi perkakasan yang agak tinggi, dan hanya menyokong PC dengan kad video sahaja.

Melalui laman Windows8Italia, ianya diperkatakan yang mana antaramuka Wind ini memerlukan lebih kurang 170MB memori video untuk berfungsi, selain akan ditawarkan dalam bentuk 3D penuh, dan hanya diaktifkan pada Windows 8 versi 64-bit sahaja.

Menarik lagi adalah dimana Wind diperkatakan akan menawarkan pengalaman yang penuh dinamik, dimana ianya berupaya untuk mempelajari cara penggunaan anda, dimana seterusnya sistem operasi tersebut, iaitu ikon dan shorcuts akan mula berubah dan disesuaikan dengan penggunaan harian anda untuk mempercepatkan dan menyenangkan penggunaan Windows 8.

Buat masa ini, Microsoft sedang giat membangunkan generasi baru sistem operasi mereka, dan ianya dijangka yang mana berkemungkinan besar, Microsoft akan memperkenalkan versi pembangunan Windows 8 seawal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd