Cari @ Amanz

Mungkin ramai pengguna TM yang sudah mula merasai gangguan sambungan jalur lebar mereka sejak tengah hari semalam, dimana perkhidmatan jalur lebar Streamyx dan UniFi mengalami gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan, melibatkan lebih 2000 orang pengguna.

Antara lokasi kawasan yang mengalami gangguan untuk UniFi adalah disekitar Putrajaya, Cyberjaya, USJ, Puchong, Bukit Kemuning dan Lapangan Terbang Subang. Lokasi yang serupa turut mengalami gangguan Streamyx, dengan penambahan di Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, dan Selat Klang Utara.

Antara gangguan yang dialami adalah dimana para pengguna Streamyx tidak dapat mengakses ke jalur-lebar, manakala para pengguna UniFi pula tidak dapat mengakses telefon, internet dan juga TV.

Buat masa ini, langkah pembaik-pulihan sedang giat dilakukan, dan TM berharap agar para pengguna bersabar. Para pengguna Streamyx dan UniFi yang mengalami gangguan turut boleh menghubungi pihak TM untuk maklumat lanjut.

Kemaskini : Perkhidmatan jalur-lebar Streamyx dan UniFi telah pulih sepenuhnya pada 3.00 petang 10 Disember.

Tips oleh EjamOthman. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd