Aplikasi OfficeKami Kini Boleh Di Muat-Turun Di Ovi Store

Aplikasi OfficeKami Kini Boleh Di Muat-Turun Di Ovi Store

Diterbitkan pada Dis 9, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan aplikasi berasaskan web untuk OfficeKami, kini laman berasaskan komuniti itu terus maju, dimana terkini, aplikasi khas OfficeKami untuk para pengguna perantian Nokia sudah tersedia untuk dimuat-turun di OviStore.

Jikalau sebelum ini, aplikasi web OfficeKami dibangunkan oleh Nazrul, kini aplikasi OfficeKami untuk Nokia ini dibangunkan oleh Harinder Singh, yang mana turut sama membangunkan laman FindMiddle. Para pengguna Nokia, boleh memuat-turun aplikasi OfficeKami ini terus dari Ovi Store secara percuma.


Antaramuka Aplikasi Office Kami Pada Nokia [via]

Melalui aplikasi tersebut, kini para pengguna boleh membaca ulasan dan mengetahui kemudahan asas disekitar sesuatu lokasi itu dengan lebih mudah lagi. Bagi yang tidak mengenali OfficeKami, ianya merupakan sebuah projek berasaskan komuniti yang dibangunkan oleh pembangun disebalik WeddingKami, dimana melalui laman web interaktif itu, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi berkaitan sesuatu tempat dan lokasi itu, samaada ianya sesuai dijadikan pejabat mudah-alih anda ataupun tidak.


TIPS & ULASAN