Cari @ Amanz

JomSocial 2.2 Akan Memberikan Lebih Kawalan Privasi

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang amat berkait rapat dengan dunia sosial adalah berkenaan dengan privasi. Dan mengambil berat perkara tersebut, kini pembangun disebalik JomSocial memberikan perhatian padanya, dimana melalui versi 2.2 akan datang, para pengguna akan mendapat kawalan sepenuhnya kepada data peribadi mereka.


JomSocial 2.2 Membolehkan Anda Mengawal Setiap Data [via]

Seperti sedia maklum, buat masa kini, JomSocial menyokong kawalan informasi hanya pada peringkat asas sahaja, dimana mereka boleh menetapkan untuk berkongsi informasi samaada secara umum, kepada pengguna laman tersebut, ataupun hanya untuk rakan-rakan sahaja. Namun begitu, melalui versi akan datang kelak, JomSocial 2.2 akan membolehkan para pengguna mengawal keseluruhan informasi dan setiap satu data peribadi anda, dan menetapkan anda ingin kongsikannya dengan siapa.

Dan, bukan hanya sekadar informasi sahaja, dimana pelbagai perkara yang dikongsikan anda, termasuk gambar dan video juga boleh ditetapkan tahap privasinya. Melaluinya, para pengguna yang menggunakan laman sosial yang menggunakan JomSocial, tidak lagi perlu bimbang berkenaan dengan perkongsian informasi mereka bersama yang lain.

Bagi yang tidak tahu, JomSocial merupakan salah satu extension untuk Joomla, yang mana membolehkan anda mengubah pemasangan Joomla anda kepada sebuah rangkaian sosial dengan mudah.


Komen ()