Intel : Cip Pemprosesan Tablet dan Telefon Pintar Akan Tiba

Intel : Cip Pemprosesan Tablet dan Telefon Pintar Akan Tiba

Diterbitkan pada Dis 9, 2010 oleh .

Ianya boleh dikatakan yang mana Intel masih belum terlewat untuk memperkenalkan cip pemprosesan untuk komputer tablet dan juga telefon pintar, dimana tablet dan telefon pintar yang menggunakannya dijangka akan mula dijual mulai tahun hadapan.

Sepanjang tahun ini, beberapa tablet berasaskan Android, selain telefon pintar menggunakan pelbagai platform sudah pun mula dijual secara besar-besaran. Intel yang boleh dikatakan sedikit tertinggal itu dijangka akan menyediakan cip pemprosesan untuk tablet dan telefon pintar tidak lama lagi, dan perantian yang menggunakannya akan dilancarkan seawal pertengahan tahun kedua tahun hadapan.

Buat masa ini, Intel Atom mendominasi pasaaran netbook, namun para pembangun telefon pintar masih memilih cip pemprosesan berasaskan ARM yang mana dikatakan lebih menjimatkan tenaga. Namun ianya berkemungkinan besar berubah apabila Intel memperkenalkan cip pemprosesan khas untuk tablet dan telefon pintar pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN