Google Mengeluarkan Carta Carian 2010

Google Mengeluarkan Carta Carian 2010

Diterbitkan pada Dis 9, 2010 oleh .

Setelah Yahoo!, kini Google pula mengeluarkan data carian sepanjang tahun, dan menariknya, data untuk Google Malaysia turut dikeluarkan, dimana memperlihatkan yang mana carian paling popular di lakukan oleh para pengguna Malaysia adalah Facebook.

Google turut mengeluarkan laporan mereka dalam beberapa kategori, termasuk yang paling cepat meningkat cariannya, kereta yang paling dicari, telefon bimbit yang paling dicari, sukan yang paling dicari, individu yang paling dicari, pemain piala dunia yang paling dicari, dan juga filem yang paling dicari.

Berikut merupakan sepuluh carian paling popular di Malaysia untuk sepanjang tahun 2010;

  1. Facebook
  2. Malaysia
  3. YouTube
  4. Yahoo
  5. Login Facebook
  6. Games
  7. Google
  8. Mail
  9. Yahoo Mail
  10. You


Kata Carian Yang Meningkat Populariti Dengan Pantas

Daripada trend carian, kita dapat lihat yang mana para pengguna Malaysia lebih berminat membuat carian yang lebih kepada laman-laman sosial. Pada masa yang sama, ianya memperlihatkan lebih ramai pengguna yang makin malas menggunakan kotak alamat untuk memasukkan alamat, sebaliknya lebih gemar menggunakan khidmat enjin carian untuk menemuinya.

Tips oleh Muhammad Amin. Hantarkan tips anda kepada Twitter @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN