Twitter Turut Mengeluarkan Laporan Tahunan Mereka

Twitter Turut Mengeluarkan Laporan Tahunan Mereka

Diterbitkan pada Dis 10, 2010 oleh .

Selain daripada Google dan Yahoo!, Twitter turut sama memperkenalkan laporan untuk penggunaan Twitter sepanjang tahun 2010. Namun begitu, berbeza dengan yang lain, Twitter memperlihatkan satu demi satu topik, dan yang pertama, mereka mengeluarkan laporan berkenaan mereka yang popular yang menggunakan Twitter.

Menariknya adalah data diperlihatkan dalam bentuk yang interaktif sekali, dan diperlihatkan mengikut bulan-bulan sepanjang tahun 2010 dimana pengguna-pengguna tersebut mendaftarkan diri. Antara nama-nama besar yang tersenarai, termasuklah Bill Gates, Dalai Lama, Russell Crowe, Cristiano Ronaldo, dan Tiger Woods.

Bagi yang tertanya, mengapa Twitter mengeluarkan laporan mengenai pengguna popular terlebih dahulu adalah kerana, sepanjang tahun 2010, lebih 100 juta akaun pengguna telah didaftarkan, dan melaluinya, Twitter memperlihatkan beberapa nama-nama besar yang turut menyertai laman sosial tersebut.


TIPS & ULASAN