Tiada Lagi Had Masa Pada YouTube

Tiada Lagi Had Masa Pada YouTube

Diterbitkan pada Dis 10, 2010 oleh .

Bagi yang gemar memuat-naik video ke YouTube, kini ada berita gembira buat anda semua, dimana kini YouTube mengumumkan yang mana mereka tidak lagi mengehadkan masa video kepada 15 minit, sebaliknya anda boleh memuat-naik video penuh yang lebih panjang lagi.

Sebelum ini, YouTube hanya mengehadkan pengguna untuk memuat-naik video sepanjang 10 minit sahaja untuk beberapa tahun, sebelum menaik akannya kepada 15 minit pada bulan Julai yang lalu. Dan kini, mereka mula memperkenalkan secara berperingkat, dimana para pengguna boleh memuat-naik video tanpa had masa.

Salah satu sebab mengapa YouTube mengadakan had masa adalah untuk mengelakkan para pengguna memuat-naik video filem dan video yang mempunyai hak cipta pada YouTube. Namun begitu, dengan adanya sistem Content ID pada YouTube, ianya membolehkan YouTube mengenal pasti video berhak-cipta dan mengelakkannya di muat-naik pada sistem.

Buat masa ini, fungsi memuat-naik video tanpa had masa ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan masih tiada sebarang pengumuman bila manakah kesemua pengguna akan menerima fungsi tersebut.


TIPS & ULASAN