Baloi.com.my Turut Sama Mengikut Konsep Groupon

Baloi.com.my Turut Sama Mengikut Konsep Groupon

Diterbitkan pada Dis 10, 2010 oleh .

Nampaknya, pembangunan laman seumpama Groupon di Malaysia tidak akan berhenti buat seketika waktu ini, dimana selepas TawaranHarian daripada AdExcel tempoh hari, kini laman baru, Baloi turut kelihatan.


Antaramuka Laman Baloi.com.my

Sama seperti yang lain, Baloi.com.my membolehkan para pengguna menikmati tawaran harian yang menarik, dengan diskaun menarik dan tawaran-tawaran berbeza setiap hari. Buat masa ini, Baloi.com.my lebih tertumpu kepada Kuala Lumpur, dan menawarkan diskaun antara 50% hingga 90% setiap hari.

Dengan adanya Baloi.com.my, kini sudah lebih daripada lima laman web seumpamanya yang terdapat di Malaysia, yang mana didahului oleh MyDeal, GroupsMore dan juga DailyDeals yang kelihatan sedikit aktif berbanding yang lain. Namun, ianya akan berubah dengan lebih ramai yang menyertai industri berikut dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN