Sepanjang tahun ini, HTC telah pun memperlihatkan pelbagai perantian mereka yang amat menarik minat kami, dan kini ianya diperkatakan yang mana HTC telah pun memberitahu kepada para pengedar yang HTC akan memerlukan komponen untuk lebih 60 juta telefon pintar tahun hadapan.
Ianya sekaligus, memperlihatkan yang mana HTC bercadang akan mengeluarkan lebih 60 juta telefon pintar untuk kegunaan para pengguna seluruh dunia. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui berapa jenis keluarga telefon pintar yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.
HTC, sebelum ini, hanya mensasarkan untuk jualan sebanyak 20 juta telefon sahaja pada tahun 2010, dan untuk tahun hadapan, mereka menaikkan angka tersebut kepada tiga kali ganda. Ianya mungkin tidak mustahil, memandangkan yang mana Microsoft mensasarkan untuk jualan 30 juta telefon pintar Windows Phone 7, manakala Google pula semakin popular dengan Android. HTC yang mengeluarkan perantian menggunakan kedua-dua sistem operasi ini semestinya akan beroleh keuntungan, sekaligus jangkaan 60 juta telefon untuk tahun hadapan mungkin dapat dicapai.
HTC Desire – Salah Satu Telefon Pintar Yang Di Keluarkan Tahun Ini