Kini, Lebih 10,000 Extensions Untuk Chrome

Kini, Lebih 10,000 Extensions Untuk Chrome

Diterbitkan pada Dis 11, 2010 oleh .

Setelah setahun memperkenalkan extension pada Google Chrome, kini jumlah extension yang menyokong Google Chrome telah pun mencapai angka lebih 10,000, sekaligus memperlihatkan perkembangan yang drastik bagi Chrome, selain sudah pun menghampiri angka extension yang menyokong Firefox (hampir 13000).

Menurut Google, kini, terdapat lebih 8,500 extensions dan juga lebih 1,500 tema untuk Chrome, dan menariknya, daripada angka pengguna Chrome yang menghampiri 10% di dunia, hampir satu pertiga daripada mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu extension pada pelayar web mereka. Sehingga kini, lebih 70 juta extension dan tema telah sedia terpasang oleh kesemua pengguna Chrome.

Google telah berjaya memasarkan pelayar web mereka, dimana dalam masa dua tahun sahaja pelbagai perkara telah dicapai, dan kini Google Chrome 10 telah pun dimulakan pembangunannya, selain Google turut sama telah memperkenalkan Chrome Web Store dan juga sistem operasi berasaskan pelayar web, iaitu Google Chrome OS. Mungkin tahun hadapan, Chrome akan terus maju dan meningkatkan pegangan pasaran mereka.


TIPS & ULASAN