WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5

WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5

Diterbitkan pada Dis 11, 2010 oleh .

Sepanjang tahun ini, tema Twenty Ten daripada WordPress telah menarik perhatian pelbagai pihak. Walaupun masih tiada sebarang pengumuman berkaitan Twenty Eleven buat masa ini, WordPress memperkenalkan suatu tema baru yang menggunakan pelbagai fungsi HTML5 yang mana dikenali sebagai Toolbox.


Rekabentuk Tema Toolbox

Menurut WordPress, tema Toolbox adalah salah satu tema semantik, HTM5, kanvas untuk artis CSS, serta membawakan rekabentuk yang minimalistik dan sesuai untuk pembangunan tema WordPress anda. Dengan menggunakan Toolbox, para pengguna boleh membuat apa sahaja, malah membangunkan tema untuk WordPress anda dengan mudah.

Toolbox juga menggunakan elemen HTML5 pada temanya, termasuk <article>, <header> dan lain-lain, yang mana mempersembahkan kandungan anda dengan lebih baik lagi. Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun tema Toolbox, dan menggunakannya dalam pembangunan anda, ataupun melihat laman demo tema Toolbox.


TIPS & ULASAN