Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, RIM (Recording Industry Association of Malaysia) sememangnya tidak begitu menyukai pengedaran media berhak-cipta di internet (sememangnya ianya adalah salah dan bertentangan dengan agama dan undang-undang). Namun begitu, terkini, ianya kelihatan yang mana domain Muaturun.my yang dahulunya memperlihatkan pautan-pautan muat-turun lagu, kini dibawa kepada laman utama RIM.

Ketika artikel ini ditulis, domain Muaturun.my membawakan para pengguna kepada laman utama RIM, manakala apabila diakses dengan tambahan WWW pada awalan domain, ianya tidak membawa para pengguna ke mana-mana. Selain daripada itu, data pendaftaran untuk domain Muaturun.my masih lagi menunjukkan nama pemilik asal, dan berbeza sekali dengan data pendaftaran laman web RIM, dan tidak menunjukkan sebarang petanda ianya ditarik oleh RIM. Namun kami berasa pelik apabila domain tersebut membawakan pengguna ke laman RIM.

Ianya masih lagi tidak diketahui samaada nama domain tersebut telah ditarik oleh RIM ataupun bagaimana, namun kami telah cuba menghubungi pihak Muaturun.my, dan menunggu maklumbalas daripada mereka. Kami juga tidak mengetahui bila manakah perkara ini berlaku, dan carian kami tidak menjumpai sebarang sumber. Untuk pengetahuan para pembaca, pembangun laman Muaturun.my adalah orang sama dibelakang laman Meow.my. Laman Muaturun.my juga masih boleh diakses melalui Google Cache.

Kemaskini 18 Dec 2010 / 2.08AM : Ianya diketahui yang mana pemiliknya sendiri yang menetapkan destinasi domain beliau kepada laman RIM disebabkan isu-isu perkongsian *mp3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd