Angry Birds Akan Tiba Untuk Pengguna PC

Angry Birds Akan Tiba Untuk Pengguna PC

Diterbitkan pada Dis 12, 2010 oleh .

Setelah berjaya dengan platform iPhone dan Android, kini pembangun permainan Angry Birds, Rovio Mobile akan memperkenalkan permainan Angry Birds untuk versi PC tidak lama lagi, yang mana membawakan bentuk permainan serupa tetapi menyertakan sokongan resolusi tinggin untuk skrin yang lebih besar.

Angry Birds sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang amat besar pada dunia permainan pada platform mudah-alih, dimana ianya yang diperkenalkan pada iOS, turut diperluaskan kepada Android, webOS, Symbian dan juga Nintendo DS. Rovio Mobile telah pun mengesahkan yang mana permainan Angry Birds keluarannya sahaja telah dimuat-turun lebih 50 juta kali dan kini mereka mensasarkan sasaran baru, iaitu 100 juta kali.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah versi PC akan dilancarkan secara rasminya. Selain daripada versi PC, Angry Birds juga dijangka akan diperkenalkan untuk Windows Phone, Mac OS X dan juga beberapa konsol permainan yang lain.

Kredit : Neowin


TIPS & ULASAN