Cari @ Amanz

Setelah beberapa laman diskaun dan tawaran harian yang dilancarkan memfokuskan kepada para penduduk di Kuala Lumpur, kini ianya turut disertai oleh OrangeDeal, dimana membawakan laman seumpama Groupon, yang menawarkan tawaran menarik untuk pembelian berkumpulan.


Antaramuka Laman OrangeDeal

OrangDeal yang mensasarkan para pengguna di Lembah Klang ini, menawarkan pelbagai tawaran berbeza setiap hari dimana antara setiap 24 hingga 48 jam, mereka akan memperkenalkan tawaran dan diskaun baru untuk para pengguna, membolehkan mereka membelinya pada harga yang amat murah sekali berbanding biasa. Fungsi Twitter dan Facebook juga disertakan bersama, membolehkan para pengguna berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, selain menarik lebih ramai pengguna ke laman tersebut. Laman ini juga menyertakan fungsi Google Translate, membolehkan laman ini diakses dalam bahasa Malaysia dan sebagainya.

Sebelum ini, beberapa laman dengan konsep serupa telah diperkenalkan, termasuk Groupsmore, TawaranHarian, Baloi, dan banyak lagi, dan nampaknya lebih ramai dalam industri akan menyertai tidak lama lagi dengan konsep yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd