FourSquare Akan Membolehkan Pengguna Memuat-Naik Gambar?

FourSquare Akan Membolehkan Pengguna Memuat-Naik Gambar?

Diterbitkan pada Dis 12, 2010 oleh .

FourSquare sememangnya telah menjadi salah satu kejayaan dalam menyediakan servis berasaskan lokasi. Dan setelah mencapai lebih 5 juta pengguna baru-baru ini, ianya dilihat yang mana FourSquare sedang menguji fungsi memuat-naik gambar pada halaman mereka, seperti mana yang diminta oleh para penggunanya.

Ianya masih lagi sedang diuji secara dalaman, dan masih tidak diketahui samaada ianya akan dilepaskan kepada umum ataupun tidak, namun melalui suatu paparan skrin baru yang didapati oleh Mashable, ianya memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar fungsi tersebut akan tiba tidak lama lagi.


Paparan Skrin Memperlihatkan FourSquare Menguji Fungsi Gambar [via]

FourSquare sebelum ini telah pun diperkatakan sedang membangunkan fungsi seumpama itu, dan masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak mereka sehingga kini. Salah satu perkhidmatan web yang mana menyediakan servis geolokasi dengan sokongan memuat-naik gambar adalah FoodSpotting, dan sememangnya ianya menarik minat ramai pengguna untuk menggunakannya.


TIPS & ULASAN