WeddingKami Ke Arah HTML5

WeddingKami Ke Arah HTML5

Diterbitkan pada Dis 12, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, sehingga kini, WeddingKami menggunakan Flash sebagai salah satu platform pembangunannya. Dan menariknya, kini mereka turut sama menyokong HTML5, sekaligus membawakan laman yang sama interaktif kepada pelbagai platform termasuk di iPhone dan iPad.


Laman WeddingKami Dengan HTML5

Sebelum ini sendiri, WeddingKami telah sedia menyediakan sokongan untuk perantian mudah-alih, terutamanya perantian yang tidak menyokong Flash, dimana suatu kad jemputan digital ringkas diperlihatkan. Namun begitu, kini dengan pengintegrasian teknologi HTML5 ini, kad digital yang diperlihatkan pada perantian yang tidak menyokong Flash sama menarik seperti mana pada laman Flash yang asalnya.

Fungsi ini telah pun dibangunkan, dan para pengguna boleh melihat demo khas, yang mana dipercayai sebagai salah satu tempat untuk WeddingKami menguji fungsi HTML5. Mungkin selepas ini, bakal pengantin sudah boleh menempah laman web WeddingKami dengan teknologi HTML5. Dan sekiranya anda ingin berkahwin sebelum 31 Disember 2010 ini, anda boleh mendapatkan laman WeddingKami anda sendiri secara percuma bersempena dengan promosi khas pihak WeddingKami.


TIPS & ULASAN