Echofon Pada Mac Kini Menyokong Instagram

Echofon Pada Mac Kini Menyokong Instagram

Diterbitkan pada Dis 12, 2010 oleh .

Echofon boleh dikatakan salah satu aplikasi pihak ketiga untuk Twitter yang amat popular sekali, dan menariknya, selepas Twitter.com mengumumkan sokongan kepada Instagram, kini Echofon untuk Mac OS X turut membawakan sokongan kepada Instagram, dimana anda boleh melihat gambar Instagram terus seperti gambar Twitpic sebelum ini.


Skrin Dialog Kemaskini Echofon Pada Mac [via]

Echofon Mac 1.3.1 pada masa yang sama, selain sokongan Instagram, turut sama kini menutup notifikasi iPhone dan tidak diaktifkan. Mungkin tidak lama lagi, lebih banyak media yang akan disokong oleh Echofon selepas ini. Sebelum ini, Twitter telah memperkenalkan beberapa tambahan sokongan media pada laman Twitter.com, termasuk Instagram dan juga SlideShare.

Bagi para pengguna Mac OS X 10.5 dan terkini, anda boleh memuat-turun Echofon, dan sync akannya bersama iPhone, serta mengikuti perkembangan Twitter dengan lebih mudah dan senang lagi.

Tips oleh AbdusFauzi. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter.


TIPS & ULASAN