Cari @ Amanz

Para pembangun Apple kini mengatakan yang mana Mac OS X 10.6.6 akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi, yang mana akan membawakan Mac App Store yang dinantikan, yang mana akan membolehkan para pengguna Mac OS X membeli dan memasang aplikasi dan perisian dengan mudah pada perantian mereka.

Mac App Store
Antaramuka Mac App Store

Sebelum ini, pada 2 Disember yang lepas, Apple telah pun melepaskan versi pembangunan kedua untuk Mac OS X 10.6.6, yang mana membawakan beberapa sokongan Mac App Store untuk para pembangun. Sebelum ini, ianya sedia maklum yang mana Mac App Store akan menemui para pengguna paling lewat pada bulan Januari 2011 kelak, dan ianya dijangka yang mana akan dilancarkan bersama-sama dengan Mac OS X 10.6.6.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, aplikasi popular, yang membolehkan para pengguna iOS memuat-turun aplikasi yang tidak mendapat perkenan daripada Apple, Cydia, turut dijangka akan dilancarkan untuk Mac OS X bersempena dengan pelancaran Mac App Store itu nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd