Cari @ Amanz

Setelah sekian lama laman Project PetalingStreet tidak berfungsi, kini ianya dihidupkan kembali dengan konsep baru ala-ala Digg, dimana para pengguna kini boleh mengundi artikel kegemaran mereka, selain pada masa yang sama menyenaraikan artikel mereka di laman Project PetalingStreet itu.


Antaramuka Laman Baru Project Petaling Street

Sebelum ini, laman Project PetalingStreet hanya berfungsi sebagai laman untuk ping artikel sahaja, dan kini ianya dibangunkan semula dengan menggunakan Pligg, dimana para pengguna boleh menyenaraikan dan mengundi artikel yang tersenarai di sana.

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh pengguna Pligg sebelum ini, iaitu Negaraku dan juga MyE-Buzz adalah dimana kawalan spam yang agak sukar pada platform Pligg. Namun, mungkin Project Petaling Street mempunyai penyelesaian mereka tersendiri. Apa pun, dengan adanya lebih banyak laman sebegini, ianya menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk penulis blog dan juga pembaca, dalam mendapatkan entri yang menarik dengan lebih mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd