Cari @ Amanz

Setelah kejayaan Google Trends, kini Google turut memperkenalkan fungsi yang lebih kurang sama pada YouTube dengan nama YouTube Trends, yang mana melaluinya anda boleh mengetahui apakah video atau topik yang hangat sedang berlaku di laman video terkemuka dunia, YouTube.

Dengan lebih 35 jam video yang dimuat-naik pada YouTube setiap minit, semestinya ianya sedikit sukar untuk menemui video manakah yang menarik dan sedang meningkat naik tontonannya pada sesuatu masa itu. Kini, dengan YouTube Trends, anda boleh mengetahuinya dengan mudah, selain turut mengikuti perkembangan semasa video-video dengan YouTube, selain kongsikannya bersama rakan-rakan anda yang lain.

Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan data-data menarik berkaitan trend sesuatu masa mengikut demografik, dan pelbagai perkara lain, dan dipersembahkan dengan penyampaian data visual yang menarik, sekaligus membolehkan para pengguna mengenali ekosistem YouTube dengan lebih mendalam lagi.

Sebagai permulaan, selain mengumumkan video yang paling popular di YouTube sepanjang 2010, YouTube Trends juga menyediakan data-data mengenai video berita paling popular, video sukan dan juga trailer filem yang ditonton di YouTube. Sepanjang 12 hari akan datang juga, mereka akan membuat pelbagai ulasan mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd