Carian
Facebook Memperlihatkan Trend Status Sepanjang 2010
December 14, 2010 Aman

Selepas Twitter dan YouTube, laman sosial paling popular di dunia, Facebook kini mengeluarkan data tahunan mereka, dimana Facebook berkongsi akan trend status paling popular sepanjang tahun 2010. Data yang dipersembahkan oleh Facebook itu dianalisa daripada pengguna dari 236 negara.


Status Paling Popular Di Facebook

Berbeza dengan Google atau Twitter, status pada Facebook memperlihatkan data yang berbeza, dimana apakah yang dipergunakan oleh pengguna sepanjang tahun 2010, dan ianya didahului oleh “HMU”, iaitu akronim untuk “Hit Me Up” yang mana digunakan oleh para pengguna Facebook untuk memberitahu supaya menelefon atau menghantar mesej kepada mereka pada bila-bila masa.

Menduduki di tangga kedua adalah World Cup yang mana turut mendapat perhatian di Yahoo!, Google, dan Twitter. Selain daripada itu, beberapa perkataan yang turut dikongsikan di beberapa laman sosial yang lain termasuk iPad dan iPhone 4, dan Justin Bieber. Movies dan juga Games on Facebook turut sama mendapat perhatian para pengguna laman sosial paling popular itu.

Komen