DiGi Menjadi Yang Terawal Mempromosikan 011

DiGi Menjadi Yang Terawal Mempromosikan 011

Diterbitkan pada Dis 14, 2010 oleh .

Sebelum ini, kita telah sedia ketahui yang mana SKMM akan memperkenalkan nombor telefon baru lapan angka dengan awalan 011, dan kini ianya dilihat yang mana DiGi menjadi antara terawal yang memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada umum dengan pengumuman melalui laman web mereka.

Untuk pengetahuan semua, kesemua syarikat telekomunkasi diberikan akses kepada nombor telefon dengan awalan 011 ini, selain memberikan 8 digit angka telefon. Pada masa yang sama, para pengguna sedia ada boleh terus menggunakan nombor telefon mereka tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui akan angka awalan digit ke-empat yang akan diberikan oleh DiGi buat masa ini, memandangkan sebelum ini, melalui awalan 014 yang dikongsikan bersama kesemua syarikat telekomunikasi, Maxis menggunakan awalan 2, Celcom menggunakan awalan 8, dan DiGi menggunakan awalan 6. Namun begitu, dengan adanya kebolehan untuk bertukar talian dengan menggunakan angka telefon yang sama, mungkin ianya bukan suatu perkara penting lagi buat masa ini.

Dan seperti yang pernah diperkatakan oleh Saudara Aiman sebelum ini, sebelum ini 011 digunakan oleh perkhidmatan ATUR dari Telekom Malaysia.


TIPS & ULASAN