Maxis Bekerjasama Bersama TM Untuk Perkhidmatan HSBB

Maxis Bekerjasama Bersama TM Untuk Perkhidmatan HSBB

Diterbitkan pada Dis 14, 2010 oleh .

Selain UniFi dan Time dotCom, Maxis turut sama mempunyai perkhidmatan HSBB mereka yang mana kini ditawarkan dibeberapa kawasan terpilih. Menariknya, hari ini Maxis dan juga Telekom Malaysia, sama-sama telah menandatangi perjanjian, yang mana melaluinya, TM akan membekalkan perkhidmatan HSBB untuk Maxis selama 10 tahun lamanya.


Maxis dan TM Menandatangani Perjanjian

Melalui perjanjian kerjasama ini, TM akan menyediakan sambungan akses untuk jalur lebar berkelajuan tinggi untuk Maxis, yang mana akan membolehkan Maxis menawarkan perkhidmatan HSBB-nya kepada lebih 1.3 juta kediaman menjelang hujung tahun 2012 kelak.

Buat masa ini, Maxis telah pun memperkenalkan perkhidmatan Maxis High Speed Internet di beberapa kawasan, iaitu di Bandar Utama 11, Bandar Utama 12 dan juga Sierramas. Dengan perjanjian ini, lebih banyak lokasi dan kawasan akan disokong oleh Maxis tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN