ChromeOS Akan Di Matikan Atau Di Satukan Dengan Android?

ChromeOS Akan Di Matikan Atau Di Satukan Dengan Android?

Diterbitkan pada Dis 15, 2010 oleh .

Belum pun Chrome OS dilepaskan kepada umum secara rasminya, bekas pekerja Google, yang juga pembangun FriendFeed dan bekas pekerja Facebook membuat jangkaan yang mana Chrome OS berkemungkinan besar akan dimatikan ataupun disatukan bersama-sama Android pada tahun hadapan.

Sebelum ini, Sergey Brin juga pernah memperkatakan yang mana Google berkemungkinan besar akan membangunkan hanya satu sistem operasi pada masa hadapan kelak, namun ianya tidak dijangkakan seawal tahun hadapan. Malah, Google sebelum ini pernah memperkatakan yang mana Chrome OS adalah untuk komputer dengan input seperti tetikus dan papan kekunci, manakala Android pula adalah untuk perantian dengan skrin sentuh.

Antaramuka ChromeOS
Antaramuka ChromeOS

ChromeOS dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan secara rasminya bersama-sama beberapa perantian yang akan diperkenalkan oleh para pembangun. Pada masa yang sama, kini Google sedang menjalankan program ujian untuk ChromeOS bersama-sama dengan notebook CR48. Namun begitu, kenyataan awal sebegini sememangnya akan memberikan kesan kepadanya ketika pelancaran kelak.


TIPS & ULASAN