Selain daripada MeeGo, Nokia juga akan memberikan perhatian serius kepada Symbian untuk tahun hadapan, dimana ianya diperkatakan yang mana sistem operasi Symbian akan dikemaskini antara empat hingga lima kali tahun hadapan, selain membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi antaramuka dan pelayar web.
Antaramuka yang lebih kontemporari bersama-sama dengan skrin utama yang lebih fleksible dijangka akan diperkenalkan pada Symbian tidak lama lagi. Kemaskini pertama Symbian itu kelak pada awal tahun 2011 dijangka akan membawakan sehingga 50 perubahan, termasuk dari segi antaramuka dan pelayar web, dengan sokonga HTML5 dan sebagainya akan diperkenalkan kelak.
Pada masa yang sama, setelah kebanyakkan perantian mudah-alih menggunakan cip pemprosesan selaju 1GHz, Nokia juga dijangka berbuat sama, dengan telefon pintar dengan cip pemprosesan 1GHz akan diperkenalkan pada tahun hadapan, bersama-sama dengan sokongan grafik memori yang lebih tinggi. Model telefon pintar dengan dual-core juga dijangka akan diperkenalkan, seawal penghujung 2011, atau pada awal 2012.
Akhir-akhir ini, prestasi Nokia dilihat merudum, apabila ramai pengguna beralih kepada perantian keluaran Apple dan juga yang menggunakan sistem operasi Android dari Google. Namun begitu, perkara ini dijangka akan menarik perhatian para pengguna kembali, walaupun ianya dilihat sedikit terlewat.