Selain daripada Maxis dan TM yang mengumumkan kerjasama, Time dotCom bersama-sama DiGi turut mengumumkan kerjasama mereka dimana melaluinya, Time dotCom akan menjadi rakan DiGi dalam menyediakan kapasiti dan sokongan jalur-lebar berkelajuan tinggi untuk DiGi dalam pembangunan data mudah-alih dan perkhidmatan suaranya.
Time dotCom dan juga DiGi turut menandatangani perjanjian selama 10 tahun yang mana bernilai sebanyak RM139 juta. Melaluinya, Time dot Com dijangka akan menyediakan dan menguruskan beberapa bahagian belakang DiGi termasuk memautkan perkhidmatan menara wireless mereka bersama-sama dengan pusat pertukaran mudah-allih.
Buat masa ini, rangkaian wireless DiGi mempunyai penggunaan jalur-lebar yang terhad, dimana dengan penggunaan fiber kelak, ianya akan membolehkan sokongan Gigabit, selain penggunaan kapasiti yang boleh diskala. Mungkin dengan kerjasama ini kelak, DiGi dapat menyokong perkhidmatan jalur-lebar yang lebih pantas, dan sokongan kawasan yang lebih menyeluruh.