Firefly Daftar Masuk Ke FourSquare

Firefly Daftar Masuk Ke FourSquare

Diterbitkan pada Dis 15, 2010 oleh .

Rangkaian sosial sememangnya telah mengubah cara organisasi beroperasi, dan terkini Firefly membeli ruang di laman geolokasi terkemuka dunia, FourSquare, dimana melalui ruangan khas di laman FourSquare, Firefly menyediakan pelbagai tips dan sebagainya, yang amat berguna kepada para pengguna dan pelanggan mereka.


Halaman Khas Firefly Pada FourSquare

Dengan pengumuman ini, Firefly menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang menggunakan FourSquare dalam mempromosikan perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama juga, ianya diperkatakan yang mana lebih 80,000 daftar masuk dilakukan oleh para pengguna di Malaysia sahaja, daripada empat juta daftar masuk harian yang dilakukan di seluruh dunia pada FourSquare.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat lebih banyak syarikat mula menggunakan FourSquare dalam mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka kepada umum.


TIPS & ULASAN