Cari @ Amanz

Nampaknya, pembangunan pelayar web Opera kini turut dilajukan berbanding sebelumnya, dimana Opera 11 RC1 (Release Candidate) telah pun dilepaskan hari ini, memperlihatkan yang mana versi akhir dan stabil Opera 11 akan menemui para pengguna tidak lama lagi.

Dengan tibanya versi pembangunan RC1 ini, berkemungkinan besar tiada lagi sebarang fungsi baru akan diperkenalkan oleh Opera Software pada pelayar web Opera 11 mereka, selain daripada beberapa fungsi yang telah diperkenalkan sebelum ini melalui Opera 11 Beta, iaitu tab stacking, sokongan gesture tetikus, dan juga sokongan extension.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah versi akhir akan dilepaskan, namun ianya tidak lama lagi, memandangkan dengan pelepasan Opera 11 RC1 ini, mereka ingin mengujinya terlebih dahulu, selain mencari beberapa pepijat pada pelayar web sebelum ianya dilepaskan kepada umum. Para pengguna boleh memuat-turun Opera 11 RC1 untuk Windows, Mac OS X dan Linux, serta menguji pelbagai fungsi baru yang dibawakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd