Carian
Trend Baru Rekabentuk Halaman Profail Facebook
December 15, 2010 Aman

Sebelum ini, halaman profail Facebook adalah lebih kurang sama, sehinggalah Alexandre Oudin memperkenalkan suatu konsep yang baru melalui halaman profail Facebook yang baru, dimana setiap gambar disusun secara berturutan, menghasilkan halaman profail yang menarik dan unik.


Alexandre Oudin Yang Memberikan Inspirasi Baru Melalui Halaman Profail Facebook Yang Baru

Ianya sekaligus memberikan inspirasi kepada para pengguna Facebook yang inginkan kelainan, dimana kini trend sepertinya kian meningkat naik, dimana ramai rakyat Malaysia yang sudah mula mengikuti cara tersebut dalam menjadikan halaman profail mereka lebih menarik. Mungkin trend ini akan berterusan sehingga Facebook memperkenalkan sesuatu yang baru pada halaman profail pada masa hadapan.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana hendak membuat halaman profail sebegini, anda boleh mengikuti tutorial ringkas oleh Seth Sandler, yang turut menyediakan fail PSD dan sebagainya untuk memudahkan kerja anda.

Komen