Mark Zuckerberg Di Pilih Individu Tahunan Oleh Times

Mark Zuckerberg Di Pilih Individu Tahunan Oleh Times

Diterbitkan pada Dis 16, 2010 oleh .

Majalah Time yang sering mengeluarkan individu pilihan tahunan, telah memilih pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sebagai individu pilihan untuk tahun 2010, memandangkan Mark Zuckerberg sememangnya telah menjadi bualan orang ramai sepanjang tahun, selain menjadikan Facebook sebagai laman terkemuka di dunia pada tahun ini.

Sepanjang tahun ini, pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh Mark Zuckerberg, dimana beliau telah berjaya menjadikan Facebook sebagai laman terkemuka di dunia, menghubungkan lebih separuh billion pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, sebuah filem khas juga telah dibuat, iaitu The Social Network, selain Mark Zuckerberg sendiri telah mengatakan yang beliau ingin memberikan sebahagian daripada kekayaan beliau kepada kebajikan.

Selain daripada Mark Zuckerberg, Julian Assange, pemilik WikiLeaks turut tersenarai di belakang Mark Zuckerberg, dalam sumbangan beliau dalam menjadikan kerajaan diseluruh dunia lebih telus, dan kebebasan bersuara.


TIPS & ULASAN