Yahoo! Video Menutup Fungsi Muat-Naik Video

Yahoo! Video Menutup Fungsi Muat-Naik Video

Diterbitkan pada Dis 16, 2010 oleh .

Nampaknya Yahoo! akan memperkenalkan perubahan besar pada Yahoo! Video, dimana kini mereka telah mengumumkan penutupan kebolehan untuk para pengguna memuat-naik video pada lama tersebut, dimana mulai hari ini, para pengguna sudah tidak boleh memuat-naik ke laman Yahoo! Video lagi.


Mesej Yang Di Paparkan Pada Laman Yahoo! Video

Pada masa yang sama, sebuah aplikasi muat-turun ringkas disediakan Yahoo!, dimana membolehkan para pengguna memuat-turun segala video yang pernah dimuat-naik oleh mereka kedalam Yahoo! Video, sebelum ianya dipadam sepenuhnya pada 14 Mac 2011 kelak. Sebagai ganti, Yahoo! meminta para pengguna berpindah ke Flickr, yang mana telah mula menyokong muat-naik video dulu lagi..

Ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang akan dilakukan oleh Yahoo! bersama Yahoo! Video, dimana mereka tidak lagi menyokong kandungan yang dibangunkan oleh para pengguna. Berkemungkinan besar, mereka akan bekerjasama bersama-sama pembangun kandungan video, atau saluran televisyen yang lain tidak lama lagi. Namun tiada sebarang info lanjut berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN