Cari @ Amanz

Memandangkan setiap hari, para pengguna seluruh dunia menambah lebih 100 juta tag pada gambar di Facebook, kini Facebook memudahkan penggunaan fungsi tag dengan teknologi pengecaman muka, dimana ianya secara automatik mencadangkan siapa yang anda harus tag pada sesuatu gambar itu.

Melalui fungsi yang dinamakan Tag Suggestions itu, para pengguna akan ditawarkan dengan peluang untuk tag akan rakan-rakan anda pada sesuatu album, dan seterusnya, Facebook akan menggunakan teknologi pengecaman muka untuk muka-muka yang serupa, seterusnya mencadangkan untuk anda rakan-rakan yang anda boleh tag.

Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada Amerika Syarikat pada minggu hadapan, dan seterusnya ke seluruh dunia. Sepanjang tahun ini juga, pelbagai fungsi baru telah diperlihatkan pada Facebook Photos, yang mana kini sedang meningkat menjadi laman perkongsian gambar terkemuka didunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd