Kemaskini Windows Phone “Mango” Pada September 2011

Kemaskini Windows Phone “Mango” Pada September 2011

Diterbitkan pada Dis 16, 2010 oleh .

Microsoft telah pun diperkatakan akan memperkenalkan kemaskini minor pada awal tahun 2011, membawakan fungsi Copy & Paste dan sebagainya, dan menariknya kemaskini besar untuk Windows Phone yang diberikan nama kod “Mango” dijangka akan menemui para pengguna Windows Phone pada bulan Ogos atau September 2011 kelak.

Walaupun ianya masih tidak diketahui mengenai sepenuhnya apakah yang akan dibawakan oleh Windows Phone “Mango” ini nanti, dua fungsi yang diperkatakan akan disertakan adalah sokongan HTML5, dan juga sokongan Silverlight. Memandangkan kebanyakkan perantian sudah mula menyokong HTML5, sudah tentunya Microsoft tidak ingin ketinggalan, dan ianya juga mungkin menjadi salah satu titik tolak untuk mempopularkan kembali Silverlight. Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan Silverlight 5 pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN