Carian
Opera 11 Sedia Untuk Di Muat-Turun
December 16, 2010 Aman

Setelah memperkenalkan versi pembangunan RC sebelum ini, kini secara rasminya, Opera Software telah melancarkan pelayar web generasi baru mereka Opera 11, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru termasuk sokongan extension yang dinantikan sekian lama.

Melalui Opera 11, pelayar web yang sering membawa pelbagai inovasi itu membawakan fungsi pengurusan tab yang menarik melalui Tab Stacking, yang mana membolehkan para pengguna menyusun dan mengumpulkan sesuatu tab dengan mudah, selain memudahkan aksesnya melalui pelayar web Opera 11.

Selain daripada itu, Opera 11 juga turut membawa perubahan sedikit pada antaramukanya, yang kini kelihatan lebih menarik. Bersama-sama dengan itu, kini Opera 11 menyokong aplikasi pihak ketiga melalui fungsi extensions yang diperkenalkan oleh mereka.

Pada masa yang sama, Opera 11 turut mengintegrasikan keselamatan dalam pelayaran web, dimana bar alamat web yang lebih selamat, membolehkan anda sentiasa selamat dan melayari laman web yang tidak membahayakan atau menyalahgunakan informasi anda.

Opera 11 boleh dimuat-turun untuk kesemua sistem operasi, termasuk Windows, Linux dan juga Mac OS X.

Komen