Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, kini Apple secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Mac App Store kepada umum pada 6 Januari 2011 ini, membolehkan para pengguna Mac OS X membeli dan memasang aplikasi dengan jauh lebih mudah lagi.

Mac App Store
Antaramuka Mac App Store

Ketika pelancarannya kelak, ianya akan boleh diakses di lebih 90 buah negara, dimana aplikasi akan dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuk pendidikan, permainan, grafik dan rekabentuk, produktiviti, dan utiliti. Aplikasi yang ditawarkan juga akan dilabelkan samaada percuma ataupun berbayar.

Bersama-sama Mac App Store juga, Apple dijangka memperkenalkan kemaskini sistem operasi mereka, iaitu Mac OS X 10.6.6, namun masih tiada sebarang berita rasmi mengenainya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd