Cari @ Amanz

Akhirnya kini, Google menawarkan versi terkini Google Maps seperti mana yang diperlihatkan bersama Nexus S, iaitu Google Maps dalam bentuk 3D bersama-sama dengan sokongan tanpa talian. Walaubagaimanapun, ianya hanya diperkenalkan untuk pengguna Android sahaja buat masa ini.

Sepertimana yang diperlihatkan oleh Google sebelum ini ketika melancarkan Nexus S, Google Maps 5.0 untuk Android membawakan perubahan dari segi antaramukanya, dimana kini anda boleh melayarinya dalam bentuk 3D, sekaligus memudahkan anda menavigasinya dengan mudah. Walaubagaimanapun, ianya hanya diperkenalkan untuk beberapa bandaraya terkemuka sahaja buat masa ini, dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat ke semua lokasi.

Pada masa yang sama, kini anda tidak lagi perlu bimbang apabila anda sesat di suatu lokasi tanpa talian, kerana kini Google Maps 5.0 untuk Android turut membawakan sokongan luar talian (offline). Selain daripada anda boleh melihatnya tanpa penggunaan data, fungsi navigasi juga kini akan secara automatik mencari laluan baru ketika anda tidak bersambung pada internet. Untuk fungsi ini, Google Maps akan secara automatiknya mula meng-cache data apabila anda menggunakan internet atau bersambung pada WiFi.

Versi terbaru Google Maps ini boleh didapati melalui Android Market, namun percubaan kami sebentar tadi gagal. Ini mungkin kerana Google sedang memperkenalkan Google Maps 5.0 secara berperingkat kepada seluruh dunia. Ianya mungkin boleh didapati dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd