Laman About.me Di Buka Untuk Semua

Laman About.me Di Buka Untuk Semua

Diterbitkan pada Dis 17, 2010 oleh .

Setelah beroperasi atas dasar jemputan, kini laman About.me dibuka kepada semua, membolehkan setiap seorang mendapatkan halaman profail mereka yang tersendiri dengan URL About.me. Sebelum ini sahaja, lebih 400,000 orang telah mendapatkan halaman profail mereka ketika ianya pada peringkat beta.


Laman Utama About.me

Apa yang ditawarkan oleh laman About.me adalah ianya memberikan anda peluang untuk memuat-naik gambar beresolusi tinggi untuk dijadikan latar belakang profail anda, selain turut membolehkan anda menyertakan pautan-pautan ke laman-laman sosial, sekaligus menjadikannya sebagai suatu destinasi mudah untuk anda merujuk untuk melihat profail-profail para pengguna yang lain. Selain itu, ianya juga menawarkan data statistik, membolehkan anda melihat pengunjung ke profail anda dan sebagainya.

Walaupun ianya bukanlah suatu konsep yang menarik jikalau dilihat untuk mendapatkan pelawat yang berterusan ke laman tersebut, masih ramai yang berkunjung ke laman tersebut untuk peringkat awal ini, untuk mendapatkan URL masing-masing. Mungkin selepas ini, laman About.me perlu membuat sesuatu yang baru dalam membolehkan para pengguna mereka menghabiskan masa yang lebih lama di laman tersebut.


TIPS & ULASAN