Delicious dan MyBlogLog Akan Di Tutup Oleh Yahoo!?

Delicious dan MyBlogLog Akan Di Tutup Oleh Yahoo!?

Diterbitkan pada Dis 17, 2010 oleh .

Nampaknya zaman kegemilangan yang dahulunya dipegang oleh Yahoo!, kini tidak lagi, memandangkan selepas memberhentikan sebilangan pekerja mereka, kini ianya diketahui yang mana Yahoo! akan menutup beberapa produk mereka, termasuk Del.icio.us, dan MyBlogLog.


Slide Yang Tersebar Di Twitter

Melalui suatu slide dalaman yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan yang mana Delicious, Altavista, MyBlogLog, Yahoo! BookMarks, dan Yahoo! Picks akan dihentikan pembangunannya, dan mungkin ditutup, manakala beberapa produk lain, termasuk Upcoming dan Fire Eagle yang akan disatukan bersama beberapa produk yang lain.

Sebelum ini, sedia diketahui yang mana Yahoo! tidak lagi membenarkan para pengguna memuat-naik video ke laman Yahoo! Videos mereka, dan sebelum ini, mereka telah memberikan hak enjin carian kepada Microsoft. Nampaknya kini, antara produk yang digunakan dengan banyak oleh para pengguna di Yahoo! hanyalah Yahoo! Mail, Flickr dan juga Yahoo! Messenger sahaja.


TIPS & ULASAN