Salah satu perkara yang sentiasa pembangun web lakukan adalah melihat perkembangan web mereka di Alexa. Namun bagaimana pula anda lihat perkembangan pada Twitter dan Facebook? Kini, WildFire membawakan perkhidmatan berasaskan web, membolehkan anda melihat perkembangan akaun anda pada laman sosial dengan mudah.
Contoh Graf AmanzNetwork Pada Laman WildFire
Buat masa ini, WildFire hanya menyokong Twitter dan Facebook, dua laman sosial yang diperkatakan ramai pada masa kini. Melaluinya, anda boleh melihat perkembangan akaun anda untuk beberapa bulan yang lepas, serta membandingkannya dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah. Untuk Twitter, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Twitter anda, manakala untuk Facebook, anda boleh memasukkan nama, ataupun URL akaun anda.
Ianya sesuatu yang menarik memandangkan kini, kita boleh mengetahui perkembangan akaun rangkaian sosial kita dengan mudah, dan ketahui pada bilakah pengikut dan rakan kita bertambah, dan pada bilakah mereka berkurang, dan sebagainya. Ianya suatu informasi yang amat berguna bagi mereka yang berkecimpungan pada dunia rangkaian sosial.