Delicious Akan Di Jual, Bukan Di Tutup

Delicious Akan Di Jual, Bukan Di Tutup

Diterbitkan pada Dis 18, 2010 oleh .

Setelah ianya dilaporkan yang mana Yahoo! akan menutup Delicious semalam, kini, Yahoo! mengatakan yang mana mereka tidak akan menutup Delicious, sebaliknya akan menjual Delicious kepada pihak lain, memandangkan laman tersebut tidak sesuai dengan strategi syarikat mereka.

Melalui suatu artikel khas pada blog Delicious, mereka mengatakan yang mana mereka sedang mencari beberapa cara untuk membangunkan Delicious daripada di luar Yahoo!. Pada masa yang sama, para pengguna masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeksport data-data mereka, selain berpindah ke perkhidmatan lain yang turut menyediakan perkhidmatan lebih kurang sama.


TIPS & ULASAN