Carian
Pembangun ILoveLabels Memperkenalkan ILoveDiscounts
December 18, 2010 Aman

Nampaknya dunia laman web yang berkonsepkan diskaun akan menjadi antara perbualan hangat pada tahun hadapan, dimana selepas beberapa laman berkonsepkan diskaun dan tawaran dilancarkan sebelum ini, kini ianya turut disertai oleh pembangun disebalik laman lelongan I Love Labels, melalui laman baru mereka I Love Discounts.


Antaramuka Laman I Love Discounts

Sama seperti beberapa laman sebelum ini, termasuk GroupsMore, Tawaran Harian, Baloi dan OrangeDeals, I Love Discounts turut sama mengutamakan para pengguna di Lembah Kelang buat masa ini, dan dijangka akan memperluaskan operasi mereka ke Pulau Pinang tidak lama lagi.

I Love Discounts menawarkan diskaun hebat ke atas pelbagai perkara diantara 40% hingga 90%, dimana ianya akan diaktifkan sekiranya para pengguna membeli sesuatu tawaran itu secara berkumpulan, dan angka minimum tercapai. I Love Discounts menawarkan diskaun dan tawaran dari pelbagai jenis kategori, termasuk spa, makanan, minuman, sukan, kecantikan, parti, aktiviti dan sebagainya. Diskaun baru ditawarkan mereka setiap dua hari sekali, dimana para pengguna boleh mengikuti diskaun-diskaun baru mereka melalui Facebook, Twitter atau secara langsung daripada laman mereka.

Komen