Bekas Pemilik InfoMalaya Akan Melancarkan 12 Designs Project

Bekas Pemilik InfoMalaya Akan Melancarkan 12 Designs Project

Diterbitkan pada Dis 19, 2010 oleh .

Setelah sekian lama senyap tanpa sebarang perkembangan baru, kini pembangun disebalik MentariWorks yang mana dulunya merupakan pemilik InfoMalaya, Bat Huzairy, akan melancarkan projek terbaru beliau – 12 Designs Project tidak lama lagi, iaitu pada 26 Disember 2010 ini.

Seperti sedia maklum, Bat Huzairy sememangnya salah seorang perekabentuk web Malaysia yang terkenal dengan konsep minimalis beliau, dimana telah menempa nama besar diarena internet, selain diperlihatkan oleh SmashingMagazine beberapa kali sebelum ini.

Kini, melalui konsep baru, 12 Designs Project akan membawakan satu tema berkonsepkan minimalis untuk platform WordPress, dimana satu tema akan dikeluarkan setiap bulan sepanjang 2011, dimana setiap satu tema hanya akan dijual untuk 12 pengguna sahaja. Setiap tema akan menggunakan nama bintang-bintang astrologi dan menggunakan lesen GPL, dimana para pemiliknya kelak boleh membuat sebarang perkara yang diingini dengan tema mereka.

Berkenaan dengan harga pula, ianya dijual pada harga $49 untuk para pengguna antarabangsa, dimana khas untuk para pengguna tempatan, 12 Designs Project ditawarkan pada harga hanya RM150, suatu harga yang amat murah untuk tema berbayar WordPress yang mana kuantitinya amat terkawal. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 26 Disember ini.


TIPS & ULASAN