Cari @ Amanz

Dengan timbulnya banyak telefon pintar yang boleh melayari internet, ramai pembangun laman web mula mengoptimasikan laman web mereka untuk dilihat pada skrin kecil. Kini, menariknya, Blogger turut memperkenalkan sokongan tema untuk perantian mudah-alih, yang mana anda boleh aktifkannya melalui Blogger In Draft.


Blogger Kini Menyokong Tema Untuk Mobile

Melalui fungsi tema mobile ini, Blogger membawakan bersama beberapa fungsi bersamanya, termasuk kebolehan untuk para pemilik blog melihat bagaimana blog mereka akan kelihatan, dengan klik pada Mobile Preview, selain dimana setiap pelayar web yang memasuki laman blog anda akan secara automatiknya dibawa ke halaman yang dioptimakan untuk pengguna telefon mudah-alih, dimana ianya lebih ringan, dan tidak menggunakan begitu banyak data, sebaliknya pengguna biasa yang menggunakan komputer akan masih dapat melihat blog anda seperti biasa.

Sempena fasa pengujian ini, Blogger membawakan sokongan 6 tema yang ringkas dan 6 tema yang kelihatan menarik sekali, dimana anda boleh memilih diantara 12 tema yang disediakan, dan menariknya, beberapa gadget blog anda turut disokong pada paparan mudah-alih. Para pengguna Blogger juga turut boleh mengintegrasikan Mobile Ads, dan menjana wang sampingan melalui akaun Adsense masing-masing.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, para pengguna Blogger, boleh ke laman Blogger In Draft, dan akses ke Dashboard, seterusnya memilih Settings dan mengaktifkan fungsi ini melalui tab Email & Mobile.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd