Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan yang mana para pengguna yang melayari laman web yang dihoskan pada pelayan di Amerika Syarikat akan mengalami masalah pelayaran web yang agak perlahan, disebabkan masalah kabel AAG (Asia America Gateway) yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat.
Buat masa ini, seperti biasa, langkah-langkah pembaik-pulihan telah pun diambil, dan pengumuman berkenaan dengan perkembangan pembaik-pulihannya tidak lama lagi dan meminta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna. Antara masalah yang dialami termasuklah pelayaran laman web yang lambat, dan kadar latency yang tinggi ketika melayari laman web antarabangsa yang dihoskan di Amerika Syarikat.