iWork ’11 Akan Di Lancarkan Pada 6 Januari 2011?

iWork ’11 Akan Di Lancarkan Pada 6 Januari 2011?

Diterbitkan pada Dis 20, 2010 oleh .

Selepas Apple mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan Mac App Store secara rasminya pada 6 Januari 2011, kini ura-ura turut memperkatakan yang mana pada hari yang sama, Apple turut akan melancarkan iWork ’11 kepada para pengguna Mac OS, selain sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Mac OS X 10.6.6 akan dilancarkan pada hari serupa.

Menurut beberapa laman web, kini iWork ’09 sudah pun kehabisan stoknya, memberikan beberapa idea menunjukkan yang mana iWork ’11 akan dilepaskan tidak lama lagi. Dan memandangkan Mac App Store akan dilancarkan pada 6 Januari 2011 ini, ianya diperkatakan sudah tentunya yang mana Apple akan mula memberikan para pengguna peluang untuk memasang iWork ’11 secara terus daripada Mac App Store dengan mudah.

Menariknya lagi, iWork ’09 telah dilancarkan oleh Apple pada 6 Januari tahun lepas, memberikan lagi petanda yang mana iWork ’11 akan dilancarakn pada 6 Januari 2011 ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.


TIPS & ULASAN