MyFwen Di Lancarkan Semula Sebagai 1Kampus

MyFwen Di Lancarkan Semula Sebagai 1Kampus

Diterbitkan pada Dis 21, 2010 oleh .

Dengan dunia laman sosial yang semakin naik popularitinya, kini, laman yang dahulunya dikenali sebagai MyFwen.com dilancarkan semula dibawah penjenamaan baru, iaitu 1Kampus, menggunakan Joomla, serta menggunakan Facebook Connect untuk memudahkan para pengguna mendaftar untuk laman mereka.


Antaramuka Laman 1Kampus

MyFwen sebelum ini, telah ditubuhkan pada 2007, namun disebabkan beberapa masalah, ianya terpaksa dihentikan, dan kini muncul semula dengan nama 1Kampus. Buat masa ini, 1Kampus mempunyai lebih kurang 4 orang pembangun disebaliknya, masing-masing dengan tugas berlainan, dalam membangunkan suatu komuniti yang interaktif, selain memupuk sifat kerjasama dan bersatu-padu antara satu sama lain.

1Kampus, seperti laman-laman sosial yang lain, turut membolehkan para pengguna melihat profail rakan, dan menambah rakan-rakan, selain turut membolehkan para pengguna menambah gambar dan video dengan mudah. Anda juga boleh membuat kumpulan masing-masing, dan berkongsi minat antara satu sama lain dengan mudah melalui laman 1Kampus ini.

Walaupun ianya agak sukar untuk menarik minat para pengguna untuk menggunakan laman tersebut, dengan penggunaan Facebook Connect, ianya mungkin serba sedikit menarik minat pengguna menggunakannya, selain dengan pemasaran yang betul, dan secara berperingkat, mungkin ianya boleh pergi jauh.


TIPS & ULASAN