AOL Mengambil-Alih Laman Profail About.me

AOL Mengambil-Alih Laman Profail About.me

Diterbitkan pada Dis 21, 2010 oleh .

Baru sahaja beberapa hari yang lepas, laman About.me dilancarkan secara rasminya kepada umum, dan menariknya, kini AOL telah pun mengumumkan pengambil-alihan laman itu. Harga yang dibayar untuk laman tersebut adalah tidak diketahui, namun ianya dikatakan mencecah belasan atau puluhan juta.

About.me
Antaramuka Laman About.me

Melalui laman About.me, ianya menawarkan satu perhentian untuk profail anda, dan mengumpulkan semua laman sosial anda dibawah satu halaman, untuk memudahkan mereka yang mencari anda. Selain daripada itu, ianya juga turut membolehkan para pengguna memuat-naik gambar profail bersaiz besar, serta setiap profail yang didatangkan dengan sokongan statistik untuk mengetahui pelbagai perkara, termasuk berapa kali profail anda telah dilihat yang lain, bilangan pautan pada laman, selain siapakah yang berinteraksi dengan anda dilaman-laman sosial yang lain. Pada masa yang sama, ianya membawakan nama domain yang amat menarik sekali – About.me.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman berkenaan apakah About.me akan diintegrasikan bersama beberapa perkhidmatan AOL yang lain, ataupun bagaimana. Sebelum ini, AOL turut sama telah mengambil-alih laman teknologi terkemuka di dunia, TechCrunch.


TIPS & ULASAN