TIME dotCom dan Astro Membawakan Perkhidmatan IPTV

TIME dotCom dan Astro Membawakan Perkhidmatan IPTV

Diterbitkan pada Dis 21, 2010 oleh .

Astro dan juga TIME dotCom kini mengumumkan kerjasama yang mana melaluinya, kedua-dua pihak akan bergabung tenaga dalam membawakan sambungan digital sebenar dan juga pengalaman hiburan yang diperkaya kepada para pengguna atau secara ringkasnya, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan IPTV.

Melalui kerjasama ini, Astro dan TIME dotCom akan bersatu dalam menyediakan perkhidmatan IPTV disekitar Lembah Klang dan juga Pulau Pinang. Buat masa ini, lebih 11,400 rumah telah disokong dengan perkhidmatan IPTV, manakala lebih 167000 rumah dan lebih 1500 bangunan dijangka akan disokong dengan perkhidmatan ini menjelang penghujung tahun 2011 kelak.


TIPS & ULASAN